MPK buka pelbagai kekosongan jawatan terkini: Tawaran gaji RM1,218 sehingga RM5,701

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  3. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – GRED JA29
    • Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
    • Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ATAU
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
    • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Kelas Lesen Memandu jenis D, E dan H. Walau bagaimanapun, calon yang mempunyai Kelas Lesen Memandu jenis I, merupakan satu kelebihan dalam proses pemilihan bagi jawatan ini.
    • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1 yang boleh dimuat turun – DI SINI.

Borang permohonan yang lengkap kemudiannya perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (depan dan belakang);
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Berhenti Sekolah;
  • Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);
  • Sijil Kegiatan Luar (jika ada);
  • Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

Pemohon turut dikehendaki menulis ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 09 FEBRUARI 2022, RABU (5 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan syarat-syarat kelayakan khusus setiap jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…