Parlimen Malaysia buka pengambilan jawatan kosong bagi Ogos 2022: Gaji sehingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Parlimen Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL – GRED N41
    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Gambar terkini berukuran pasport;
  • Resume;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kelulusan Akademik;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Jurnal/hasil penyelidikan (jika berkenaan)
  • Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

 

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN 50680 KUALA LUMPUR (U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 OGOS 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…