pelbagai jawatan

Pelbagai jawatan kosong ditawarkan UiTM sesi April 2024: Gaji RM3,070 hingga RM20,592

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan UiTM

  1. PROFESOR VK7
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan & Profesional
    • Gaji: RM7,676 – RM20,592
  2. PROFESOR MADYA DM53
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan & Profesional
    • Gaji: RM6,162 – RM13,235
  3. PENSYARAH KANAN DM51
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan & Profesional
    • Gaji: RM5,855 – RM12,445
  4. PENSYARAH DM45
    • Skim Perkhidmatan: Kumpulan Pengurusan & Profesional
    • Gaji: RM3,070 – RM11,095

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
    1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
    • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1; dan
    • Membuktikan tahap kecemerlangan akdemik yang istimewa mutunya; dan
    • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
    • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1;
    • Membuktikan tahap kecemerlangan akdemik yang sangat istimewa mutunya; dan
    • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Perjawatan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di atau boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka.

Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci);
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).

Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN
PAHANG, KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2024 (SELASA).

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…