Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di PLUS Malaysia Berhad ~ Gaji sehingga RM2,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, PLUS Malaysia Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PROTEGE TRAINEE – PLUS MALAYSIA BERHAD
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  2. PROTEGE TRAINEE – TERAS TEKNOLOGI SDN BHD
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  3. PROTEGE TRAINEE – LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 SDN. BHD
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  4. PLUSRONDA, PLUS MALAYSIA BERHAD
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-syarat Kelayakan

PROTEGE TRAINEE

  • Ijazah Sarjana Muda (Tempatan / Luar Negara) dalam Undang-Undang, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (Perisian, Sivil, Mekanikal & Elektrikal), Kewangan / Perakaunan, Statistik, Matematik, Kajian Geomatik / Tanah, Sains Aktuari, Pengurusan Sumber Manusia, Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan, Sains Sosial, Bahasa, Pemasaran, Komunikasi Massa (Kewartawanan, Perhubungan Awam), Seni Kreatif & Berkaitan.
  • PNGK ninimum 2.50.
  • Berkomitmen dan berminat untuk pengetahuan dan pengalaman baru.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Mempunyai keinginan yang kuat untuk menyelesaikan masalah dan cabaran.
  • Mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

 

PLUSRONDA

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki
  • Tidak kurang 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun
  • Fizikal – Tinggi minimum 1.62m (5 kaki 4 inci)
    • Berat minimum 48 kg (105lb)
    • BMI: Antara 18.5 hingga 25
    • Mempunyai susuk badan tegap
    • Mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya lulus 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu. Bagi calon SPM 2013 dan ke atas WAJIB juga lulus mata pelajaran Sejarah.
  • Kelulusan yang lebih tinggi adalah digalakkan.
  • Syarat-syarat Lain:
    • Sijil Kemahiran Kajisawat Motor atau yang setaraf dengannya atau minimum 2 tahun pengalaman bekerja sebagai Mekanik.
    • Lesen memandu yang sah bagi kelas B atau B2, D dan E.
    • Lesen memandu Vokasional (GDL: BTM > 7500kg – Berat Kejur).
    • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
    • Sanggup bekerja syif.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 OKTOBER 2021 (JUMAAT).

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…