Pembayaran BKM Fasa 3 selesai hari ini: Berikut cara semak sama ada telah dikreditkan atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ia termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah memasuki Fasa 3 pembayaran kepada mereka yang diluluskan permohonan mereka. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 3:

Kadar Pembayaran

Kategori Penerima Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1-2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1-2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori Penerima Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400
    • Bilangan anak 1-2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400

Kategori Penerima Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1-2: RM800
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1-2: RM600
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM600

Kategori Penerima Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

Kategori Penerima Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah BKM Fasa 3: RM150

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan Status

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, pembayaran BKM Fasa 3 mula dikreditkan pada 20 September 2022 dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Untuk mereka yang ingin mengetahui jumlah sebenar BKM yang layak diterima dan status pengkreditan, ia boleh disemak secara atas talian (online) di Portal Rasmi BKM.

Kaedahnya adalah dengan mengikuti tatacara berikut:

  • Log Masuk di Portal Rasmi BKM;
  • Isi No MyKad/ID Pengguna di ruang yang disediakan;
  • Sahkan kata kunci keselamatan;
  • Isi Kata Laluan di ruang yang disediakan;
  • Klik pada semakan status.

 

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKM, sila rujuk di portal sama atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…