Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.
Bantuan-bantuan ini hadir dengan tujuan asas iaitu bagi membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan: –
Bantuan RM500 secara ‘one-off’
Di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan sebuah inisiatif baru yang dikenali sebagai Bantuan Perkahwinan RM500. Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada para belia di negeri berkenaan yang melangsungkan perkahwinan buat kali pertama.
Syara-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Perkahwinan didaftarkan bermula pada 1 Januari 2024;
- Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
- Bermastautin di Negeri Sembilan;
- Berumur antara 18 hingga 35 tahun;
- Pendapatan pemohon tidak melebihin RM4,000 sebulan.
Cara Memohon
Permohonan Bantuan Perkahwinan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal atau Aplikasi N9 Digital. Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Slip Pengundi SPR pemohon;
- Slinan slip gaji terkini/pengesahan pendapatan;
- Salinna Sijil Perkahwinan.
Maklumat lengkap dan permohonan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi N9 Digital – DI SINI.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Sembilan juga meneruskan pelaksanaan Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) untuk pelajar-pelajar
sekolah rendah dengan peruntukan sebanyak RM900,000 dan Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sebanyak RM800,000. Program Fast Track Lepasan Tahfiz juga akan diteruskan untuk tahun ketiga berturut-turut dengan peruntukan RM500,000. Bagi menambah nilai dan kualiti golongan belia, program pembinaan karakter bangsa akan diperkenalkan dengan peruntukan RM500,000.
“Sebagai peneraju utama pendidikan negeri, Teras Pendidikan dan Modal Insan ini juga akan disokong oleh Yayasan Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM5.6 juta, antaranya Skim Dermasiswa Sara Hidup, dengan peruntukan RM3.6 juta berupa bantuan sara hidup RM150 sebulan untuk pelajar IPTA dari keluarga kurang berkemampuan.
Selain itu, Yayasan Negeri Sembilan juga menyediakan peruntukan RM1.0 juta untuk bantuan peranti mudah alih serta pinjaman pendidikan tanpa faedah secara bersasar bagi program Sarjana dan Kedoktoran di Institut,” petikan ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun ketika membentang Belanjawan 2024 Negeri Sembilan.
Selain itu, pihak Kerajaan Negeri turut memperkenalkan program TUNS Perintis dengan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi mewujudkan budaya dan semangat usahawan di kalangan pelajar sekolah. Program ini akan menyediakan pembelajaran, latihan dan pendedahan dalam selok-belok perniagaan dan perjalanan perniagaan secara berkoperasi kepada pelajarpelajar sekolah menengah.
Setiap bayi yang dilahirkan di Negeri Sembilan juga layak memohon caruman RM100 di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional bermula tahun 2024. Dianggarkan sebanyak 16,000 orang bayi dilahirkan di dalam Negeri Sembilan dan peruntukan sebanyak RM1.6 juta disediakan untuk tujuan ini.
Bagi golongan warga emas, Kerajaan Negeri menyediakan sumbangan Keceriaan sebanyak RM200 seorang kepada warga emas yang berusia 70 tahun ke atas akan disediakan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM14.8 juta.
“Bagi meringankan beban ibu bapa bagi anak-anak yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Kerajaan Negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM300 seorang dengan peruntukan RM150,000 terhad sehingga 500 orang penerima setahun. Untuk anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi pada kadar di antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada tawaran yang diterima sama ada peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama,” kata petikan ucapan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan.