Pendapatan kasar bawah RM3,000: Ini cara memohon bantuan kewangan RM1,800 BKPKK

Sesuai dengan usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada yang berkelayakan.

Antara yang diperkenalkan itu termasuklah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar Bantuan

BKPKK hanya diberikan untuk dua semester sahaja. Oleh itu, disebabkan tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti adalah selama enam bulan – pelajar layak untuk mendapat bantuan kewangan RM300/sebulan atau RM1,800 sepanjang satu semester.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani dua salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

 

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Dimaklumkan juga bahawa pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun pengajian perlulah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, pembiayaan bantuan kewangan ini akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Untuk malumat terperinci dan lengkap berkenaan BKPKK, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…