Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- JURUTERA AWAM – J41
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM2,529 – RM9,643
- PENOLONG JURUTERA (AWAM) – JA29
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) – JA29
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) – JA29
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN – JA29
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – N19
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU OPERASI – N11
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Memiliki sekurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman.
*Untuk senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal iKERJA – DI SINI.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Manakala pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Tarikh mula permohonan dari 12 DISEMBER 2021 (8:00 pagi) sehingga 19 DISEMBER 2021 (11:59 malam).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.