Pengeluaran KWSP

Ini senarai sebab-sebab yang membolehkan kita keluarkan simpanan KWSP secara online

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran secara atas talian (online) atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP ketika ini: –

Beli & Bina Rumah

Ahli boleh membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP mereka  bagi membiayai pembelian rumah atau membina rumah. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah berumur bawah 55 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2.

Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Ahli juga boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pihak KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Dengan kebenaran ini, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Baca juga:

Pembiayaan Pendidikan

Bagi meringankan perbelanjaan pendidikan, KWSP membenarkan para ahlinya mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Mengerjakan Haji

Bagi ahli beragama Islam, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Tujuan Kesihatan

Ahli yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Membuat Pengeluaran KWSP

Bagi yang ingin membuat pengeluaran atas sebab-sebab yang dinyatakan, ia boleh dibuat secara atas talian melalui Portal i-Akaun KWSP di bahagian e-Pengeluaran.

Bagi maklumat syarat-syarat lebih lengkap bagi pengeluaran ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…