lindung

Pengeluaran simpanan KWSP melalui i-Lindung: Cara memohon & senarai pencarum yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif kepada para ahlinya.

Ia termasuklah melalui platform i-Lindung yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun lalu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini.

i-Lindung KWSP

i-Lindung pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, para ahli dibenarkan membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP dengan menggunakan simpanan mereka.

Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan adalah perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli) KWSP;
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Cara Memohon

Seperti mana yang dimaklumkan di atas tadi, i-Lindung adalah sebuah platform yang membolehkan ahli membeli produk insurans/takaful dengan menggunakan simpanan KWSP masing-masing.

Berikut adalah tatacara menggunakan platform i-Lindung:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Perlindungan yang dibeli akan bermula pada hari polisi/sijil yang telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin mengambil masa beberapa hari.

Maklumat lengkap berkenaan i-Lindung boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…