Perdana Menteri umum BKC akan mula dibayar mulai 6 September 2021 ini

Setelah lama menanti, nampaknya rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) akan mula dibuat mulai 6 September ini.

Memetik laporan Berita Harian, bayaran itu akan bermula pada Isnin depan dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu, justeru saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan. Proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” – Katanya, dalam satu kenyataan.

Tambah Ismail Sabri,  bayaran BKC seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dan pengumuman lanjut bakal dibuat oleh Kementerian Kewangan.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar,” katanya.

BKC adalah salah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan pada 28 Jun lalu.

BKC juga akan diberikan kepada semua mereka yang layak dari kategori Miskin Tegar, B40 dan M40.

Ia adalah seperti berikut:

  • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada September, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember. Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada September dan RM300 pada November.
  • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada September dan RM300 pada Disember. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada September.
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada September.

 

Maklumat terperinci berkenaan BKC, turut boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang memerlukan, melalui pelbagai inisiatif bantuan. Dari bantuan kewangan untuk keluarga…
Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…