BWE

Cara memohon Bantuan Kewangan BWE RM500 setiap bulan kepada mereka berusia 60 tahun ke atas

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ia termasuklan adalah Bantuan Warga Emas (BWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan bantuan bulanan ini:-

Kadar BWE

Seperti mana yang ditetapkan JKM, kadar BWE adalah sebanyak RM500 setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Tujuan utama bantuan adalah bagi membantu warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…