IBAKIPT

Permohonan Bantuan IBAKIPT RM300 ‘one-off’ tahun 2023 telah dibuka

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan IBAKIPT yang telah dibuka permohonnya bagi tahun 2023 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan IBAKIPT

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT atau BAKIPT adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM300 secara ‘one-off’ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada mereka yang berkelayakan.

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah adalah seperti berikut
    • RM3,000 dan ke bawah
    • RM3,001 – RM6,000
  • Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian QualificationAgency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
    Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT;
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
    Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon. (DISAHKAN)
    • Salinan Kad Pengenalan Tanggungan 3 Anak (selain pemohon) yang berumur 21 tahun dan ke bawah. (DISAHKAN)
    • Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu/ Bapa/ Penjaga BPPSPPNK/07. (DISAHKAN)
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT. (DISAHKAN)
    • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT. (DISAHKAN)
    • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon. (DISAHKAN)
    • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman BPPSPPNK/09. (Bagi pemohon yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    • Pelajar SIJIL / ASASI / MATRIKULASI / FOUNDATION;
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH;
    • Pelajar SEPARUH MASA;
    • Pelajar LUAR KAMPUS;
    • Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG);
    • Pelajar PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN; dan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN (Kolej Perubatan / Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.

Cara Memohon

Untuk makluman, permohonan bantuan ini dibuka mulai 1 Julai 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

Pemohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem BAKIPT.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Manakala, kaedah pembayarannya pula akan dibuat Bdibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Untuk maklumat lenkap dan permohonan bantuan ini, sila rujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…