tapem

Permohonan Bantuan TAPEM RM1,000 ‘one-off’ telah dibuka: Mereka yang layak memohon tahun ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan TAPEM

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Insentif Kerajaan Negeri Melaka di bawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dengan kadar sebanyak RM1,000.

Insentif ini pada asasnya diberikan kepada anak negeri Melaka yang mendapat Ijazah Kelas Pertama bagi graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara bagi tahun 2023.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Telah tamat pengajian ijazah di IPTA dalam negara (Bergraduasi pada tahun 2023);
  • Pemohon/ibubapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) layak dipertimbangkan sekiranya bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta lampirkan 1 salinan sijil berhenti sekolah rendah dan sekotah menengah disahkan oleh pegawai kerajaan (Gred 41 ke atas)/ ADUN Kawasan/ Pengerusi JAPERUN/ Penghulu/Pengerusi JPKK/Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak tayak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat TAPEM untuk mendapatkan Borang Permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama transkrip dan sijil ijazah kelas pertama. Permohonan insentif ini dibuka mulai Januari hingga Disember 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini,sila rujuk di Media Sosial Rasmi TAPEM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…