budi madani

Permohonan Bantuan Tunai BUDI MADANI untuk rakyat Malaysia telah dibuka! Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat sebelum ini.

Malah, Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa usaha bagi subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar layak. Antaranya adalah dengan memperkenalkan Program BUDI MADANI. Berikut adalah maklumat lanjut dan penjelasan berkenaan program ini: –

Program BUDI MADANI

Program Budi Madani adalah salah satu usaha Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Perkara ini selaras dengan Belanjawan 2024 iaitu Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Oleh itu, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Antara kategori penerima Program BUDI MADANI dikenali sebagai Budi Individu. Budi Individu adalah sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Syarat-syarat Kelayakan Budi Individu

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
    • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
  • Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

 

Dimaklumkan bahawa Karavan/motorhome/van-bas persiaran adalah tidak menepati kriteria jenis badan kenderaan diesel persendirian yang layak.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan Budi Individu, permohonanya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BUDI MADANI. Tatacaranya adalah mendaftar di sistem berkenaan terlebih dahulu dan klik pada ‘Mohon Di Sini’ bagi BUDI Individu.

Pemohon kemudiannya hendaklah memasukkan maklumat berikut: No. Mykad; No. Telefon Bimbit; Nama Bank; No. Akaun Bank dan Alamat e-mel. Pemohon seterusnya perlu mengisi maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:

  • Nombor Pendaftaran Kenderaan;
  • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan);
  • Jenama / Model Kenderaan;
  • Kelas Kegunaan Kenderaan.

 

Bagi mereka yang diluluskan permohonannya, pembayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI
atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank. Permohonan BUDI MADANI dibuka mulai 28 Mei 2024.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bayaran Budi Individu hanya dibuat mulai bulan permohonan diluluskan. Selepas permohon dibuat, bantuan tunai akan disalurkan kepada pemohon yang diluluskan mengikut bulan permohonan diluluskan. Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Jika permohonan ditolak kerana maklumat pendaftaran kenderaan di JPJ tidak selari dengan kegunaan semasa, pemohon perlu hadir ke kaunter JPJ berhampiran untuk mengemas kini maklumat berkenaan. Pemohon juga perlu mengemukakan rayuan dan tindakan semakan semula kelayakan akan dibuat selepas maklumat terkini diterima daripada pihak JPJ.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…