permohonan

Permohonan Bantuan Tunai RM800 telah dibuka: Dibayar 4 fasa dengan RM200 setiap fasa

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Persekutuan.

Bantuan-bantuan ini hadir dengan tujuan asas iaitu bagi membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40). Berikut adalah antara bantuan kewangan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Tunai RM800

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dengan kadar sebanyak RM800. Bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban para penoreh getah atau pekebun kecil yang berkelayakan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Bantuan ini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan akan diberikan secara 4 fasa. Bagi setiap fasa, pembayaran sebanyak RM200 akan diberikan. Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang berkelayakan dan diluluskan permohonannya.

Syarat-syarat Kelayakan

Untuk makluman, bantuan ini diberikan kepada pekebun kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah. Ini adalah yarat-syarat kelayakan BMT:

  • Pekebun Kecil Getah
    • Warganegara Malaysia sahaja.
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
    • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
    • Pemilik tanah yang sah.
    • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
    • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Penoreh Getah
    • Warganegara Malaysia.
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
    • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
    • Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Permohonan BMT

Permohonan BMT bagi tahun ini telah pun dibuka pada 1 Jun lalu dan akan ditutup pada 30 September 2024 nanti. Permohonannya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.

Tarikh pembayaran pula akan dibuat pada bulan November 2024 hingga Februari 2025 dengan kadar RM200 setiap bulan. Untuk mereka yang menepati syarat-syarat dan berminat untuk memohon, ia boleh dikemukakan di Portal Pekebun Kecil RISDA – DI SINI.

Jika pernah membuat permohonan BMT sebelum ini, pemohon hanya perlu mengemaskini maklumat di portal berkenaan. Sekiranya pemohon lupa kata laluan dan tidak dapat e-mel pengesahan pula, pemohon boleh ke laman utama Portal Pekebun Kecil RISDA dan klik pada butang “lula kata laluan” untuk penetapan semula kata laluan atau “Hantar Semula E-Mel Pengesahan” bagi yang belum terima e-mel pengesahan untuk pendaftaran Pengguna.

Pemohon kemudiannya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan klik butang hantar. Seterusnya pilih cara ingin menetapkan semula kata laluan/pengesahan semula pendaftaran:

  • Penetapan melalui emel : link pengesahan akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftarkan;
  • Penetapan melalui SMS : SMS TAC akan dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan.

Dalam masa sama, terdapat juga Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU) yang diperkenalkan oleh Yayasan RISDA. BSHPU ini memberikan bantuan secara bulanan yang telah diperkenalkan oleh Yayasan RISDA. Objektif utama bantuan ini adalah bagi menampung perbelanjaan makan / minum, pembelian buku dan lain-lain kepada anak-anak para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Jumlah BSHPU adalah sebanyak RM15 sehari atau maksimum RM450 sebulan seorang. Untuk permohonan, ia boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan SKIM 1/2024 secara lengkap dan benar. Borang juga perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti yang disenaraikan di borang permohonan dan perlu disahkan.

Maklumat lengkap tentangnya boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan RISDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…
Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru KAFA…
30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon-calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka di Jabatan…