Bantuan Zakat

Permohonan Bantuan Zakat RM600 dibuka mulai 21 November: Bukan asnaf juga boleh memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Zakat Selangor Peduli bagi menyantuni mereka yang terlibat dalam musibah banjir di musim tengkujuh ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan zakat ini: –

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan Zakat Selangor Peduli ini ditetapkan sebanyak RM600 kepada yang layak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam;
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR);
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang satu (1) tahun atau lebih. Pemohon yang menetap kurang dari setahun boleh dipertimbangkan untuk memohon bantuan ini;
  • Mangsa banjir yang boleh memohon melalui Portal Banjir adalah mangsa yang terkena musibah banjir bermula pada 7 November 2022 dan seterusnya (hingga ke tarikh akhir penutupan Portal Banjir).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan zakat ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Khas Bantuan Bencana LZS.

Kaedah Permohonan Fakir, Miskin dan Muallaf:

  • Permohonan secara individu (ketua keluarga);
  • Permohonan melalui portal BANTUAN BANJIR ONLINE sahaja;
  • Memuat naik dokumen: Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat DAN Penyata akaun bank (sekiranya berubah)

 

Pemohon Bukan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf:

  • Permohonan secara individu (ketua keluarga);
  • Permohonan melalui portal BANTUAN BANJIR ONLINE sahaja;
  • Memuat naik dokumen : Mykad ketua keluarga dan tanggungan, Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat, Penyata akaun bank.

Status permohonan bantuan boleh disemak melalui portal dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Permohonan bantuan ini dibuka bermula pada 21 November 2022 sehingga 31 Januari 2023.

Untuk maklumat lengkap berkenaannya, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…