kwsp

Permohonan e-Pengeluaran KWSP telah dibuka untuk semua pencarum: Ini cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam waktu sama, terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara atas talian.

e-Pengeluaran KWSP

Untuk makluman, e-Pengeluaran adalah sebuah kemudahan yang diperkenalkan oleh KWSP kepada setiap ahlinya yang mendaftar di bawah Sistem i-Akaun.

Melalui kemudahan ini, permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian (bagi tujuan-tujuan di tertentu) boleh dibuat oleh mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berikut adalah senarai pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dengan menggunakan e-Pengeluaran: –

Pengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP

Membina Rumah

Ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan mereka dari Akaun 2 bagi tujuan membina rumah. Antara syarat-syarat bagi tujuan ini adalah adalah ahli empunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Membeli Rumah

Bagi ahli yang ingin membeli rumah pula, pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran dari Akaun 2. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Rawatan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Menunaikan Haji

Ahli KWSP yang beragama Islam dan merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Permohonan e-Pengeluaran KWSP

Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, ahli hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP bagi menggunakan kemudahan ini.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI (PDF).

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…