IBAKIPT

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan khusus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) mengikut kategori masing-masing.

Antaranya adalah bantuan IBAKIPT yang telah dibuka permohonnya bagi tahun 2024 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT)

Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan Negeri Kedah telah meneruskan pelaksanaan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT) kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300 dan diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’.

Syarat-syarat kelayakan IBAKIPT adalah seperti berikut:

  • Pemohon / Ibu / Bapa lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah. (mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang mySemak SPR sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan;
  • Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency;
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
  • Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza;
  • Dokumen sokongan yang wajib dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa;
    • Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07);
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT;
    • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
    • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon;
    • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian di Portal Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) di bahagian IBAKIPT.

Kepada yang diluluskan permohonannya, pembayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kaedah pembayaran pula akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Dalam masa sama, terdapat juga mereka yang tidak layak menerima bantuan ini kerana sebab-sebab berikut:

  • Pelajar PASCA-SISWAZAH
  • Pelajar SEPARUH MASA
  • Pelajar LUAR KAMPUS
  •  Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  • Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Sijil selain Politeknik dan Kolej Komuniti
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP
  • Telah menerima BAKIPT  sebelum ini

 

Keputusan permohonan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan diperlukan. Untuk maklumat lenkap dan permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (IBAKIPT), sila rujuk di Portal Rasmi SPPNK – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Bantuan Sara Hidup (BSH): Semakan kelayakan dan cara memohon RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Jawatan Kosong FAMA dengan gaji sehingga RM3,291.20: Minima SPM, Elaun kedatangan RM75

Mencari pekerjaan kini lebih mencabar dengan persaingan yang semakin meningkat. Namun, peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang bersedia untuk mencarinya.…
Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Bantuan Kerajaan Kedah RM300 secara 'one-off' telah dibuka: Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…