baiki motosikal

Permohonan RM10,000 untuk beli dan baiki motosikal masih dibuka: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang ingin membeli atau membaiki motosikal. Berikut adalah penjelasannya: –

Beli dan Baiki Motosikal

Pihak Kerajaan melalui TEKUN Nasional telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0.

Skim pembiayaan ini adalah merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal bagi tujuan-tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.

 

Kadar yang ditawarkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 mengikut keperluan pemohon.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan
  • Dokumen Sokongan:
    • Borang Permohonan Pembiayaan (JPP02/JPP17)
    • Gambar pemohon ukuran passport
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
    • Salinan lesen memandu B1/B2 yang sah
    • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
    • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
    • Surat sokongan Syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
    • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
    • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon)
    • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat dan hendak memohon, ia boleh dibuat di mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.

Senarai lengkap alamat cawangan-cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk – DI SINI.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Oleh hal demikian, para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…