Rayuan BPR 2021 dibuka mulai 15 Jun: Panduan lengkap cara memohon bagi yang tidak lulus

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM2.75 bilion bagi pelaksanaan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2. Melalui inisiatif berkenaan, ia dijangka akan memberikan manfaat kepada sekitar 3.6 juta buah isi rumah, 3.8 juta individu bujang dan sejuta warga emas yang layak.

Akan tetapi, banyak pula rungutan muncul selepas itu bila mana ramai yang mendakwa permohonan mereka ditolak untuk Fasa 2, sedangkan menerima bayaran pada Fasa 1. Hal ini seterusnya membuatkan ramai kecewa dan tidak kurang juga marah dengan apa yang berlaku.

Tampil menjawab persoalan itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam BPR 2021 (FAQ) Bayaran Fasa Kedua menyatakan, kelayakan pembayaran Fasa 2 adalah berlandaskan semakan pengesahan kelayakan bagi Permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Malah, LHDN juga mengemukakan 30 Kod Alasan Tidak Lulus BPR 2021 bagi rujukan para pemohon (boleh KLIK SINI). Oleh itu, berikut adalah…

Kaedah Permohonan Rayuan BPR 2021

Permohonan Rayuan BPR 2021 akan dibuka bermula pada 15 Jun sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa). Permohonan ini turut akan melalui dua kaedah iaitu:

  1. Secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my; ATAU
  2. Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

 

Panduan permohonan rayuan

Bagi permohonan secara atas talian, ia boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Log Masuk pada menu MyBPR.
  • Log masuk MyBPR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Klik pada ‘Permohonan Rayuan’.
  • Lengkapkan borang permohonan rayuan seperti yang diminta.

 

Dalam masa sama, pemohon juga dikehendaki memberikan/memuat naik dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021.

Semakan boleh dibuat di portal sama dengan klik Menu MyBPR > Maklumat Rayuan. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

Bagi maklumat secara lebih terperinci, boleh KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…