RM500 ‘one-off’ kepada golongan B40: Cara memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0

Seperti mana yang semua sedia maklum, pihak Kerajaan baru-baru ini telah melanjutkan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) sehingga 28 Jun 2021, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pelanjutan ini sudah semestinya memberi kesan kepada ramai pihak, khususnya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mempunyai tanggungan, peniaga kecil dan sebagainya.

Prihatin dengan situasi itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0.

Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

Syarat-syarat kelayakan

  • Golongan B40 yang terjejas pendapatan.
  • Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
  • Pemohon bukan penerima Bantuan Kecemasan Covid-19 2.0.

*Bagi penerima bantuan kecemasan 2.0, bantuan akan disalurkan secara AUTOMATIK. 

Cara memohon:

Untuk maklumat rasmi bantuan, boleh KLIK SINI. Bagi permohonan pula, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman: ebaitulmal.maiwp dengan mendaftar dan mengisi maklumat yang diminta.

Kepada yang mempunyai sebarang kemusykilan pula, pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi MAIWP melalui laman Facebook rasminya (DI SINI) atau Talian Hotline:

  • Kuala Lumpur
    • 012 – 518 3614
    • 012 – 512 7614
    • 019 – 200 7623
  • Putrajaya
    • 011 – 5949 6216
    • 011 – 6303 8443
  • Labuan
    • 013 – 851 6066

 

Permohonan dibuka dari 15 JUN hingga 30 JUN 2021 sahaja.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…