Selain BKM: Ini bantuan-bantuan lain untuk tahun ini yang kita semua kena tahu

Untuk tahun 2022 ini, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia juga telah diumumkan secara rasmi melalui Bajet 2022 sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia.

Berikut adalah antara inisiatif-inisiatif dan bantuan-bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini, selain Bantuan Keluarga Malaysia (BKM): –

1. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah dinaikkan kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini. Pembayaran BAP ini diberikan kepada setiap murid yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.

Pembayaran BAP untuk murid yang akan memasuki Tahun Dua sehingga Tingkatan Lima yang layak bermula pada 17 Januari 2022. Manakala, murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

2. Bantuan e-Dompet RM150

Bagi membantu para belia yang berusia 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, pihak kerajaan memperkenalkan bantuan e-Dompet RM150 melalui e-Start. Tarikh pelaksanaan bantuan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai ini bagaimanapun masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan.

3. Bantuan Tablet Percuma

Pada tahun ini, pihak kerajaan akan memperkenalkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40. Setiap pelajar IPT B40 yang berkelayakan akan menerima tablet percuma dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.

Berkenaan dengan tarikh pelaksanaannya, menurut SKMM – tempoh pendaftaran bagi bantuan ini akan bermula pada suku kedua tahun 2022 (April – Jun 2022).

4. Diskaun PTPTN

Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menikmati diskaun bayaran balik pinjaman bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

  • Diskaun 15% : Pembayaran penuh baki hutang pinjaman;
  • Diskaun 12% : Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
  • Diskaun 10% : Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

5. Skim Jaminan Kredit Perumahan

Untuk memberikan akses pembiayaan membeli rumah bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan. Pihak kerajaan ada menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Skim ini akan dimanfaatkan oleh mereka dari kalangan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap. Bagi maklumat lanjut dan cara memohon, sila rujuk – DI SINI.

Untuk pelbagai lagi inisiatif dan bantuan pada tahun 2022, sila baca – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…