ramadan

Senarai Bantuan-Bantuan Ramadan untuk rakyat Malaysia yang dibayar pada bulan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan bersempena dengan bulan mulia Ramadan bagi tahun 2023.

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan berkenaan: –

Bantuan Ramadan MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Ramadan 1444h/2023. Kadar bantuan ini sebanyak RM500 dan akan diberikan secara ‘one-off’.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah para penerima Bantuan Bulanan MAIWP. Pembayarannya pula akan dibuat secara berperingkat bermula pada 27 Mac 2023.

Bantuan i-Fitri 2023

Bantuan i-Fitri adalah sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berdasarkan pembayaran i-Fitri tahun lalu, kadarnya adalah sebanyak RM250 hingga RM400 bergantung kepada setiap kelayakan penerima. Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, boleh dibaca DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Ramadan MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) akan menyalurkan Bantuan Ramadan kepada fakir dan miskin di negeri berkenaan dengan kadar sebanyak RM300 hingga RM700 (mengikut jumlah tanggungan isi rumah).

“Isi rumah seorang akan menerima bantuan sebanyak RM300, jumlah isi rumah yang mempunyai tanggungan antara dua dan tiga orang akan menerima RM500, manakala tanggungan empat orang ke atas akan menerima RM700,” kata Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, dipetik dari Berita Harian.

Bantuan Ramadan LZS

Bantuan Ramadan ini pula diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kadar antara RM300 hingga RM1,000 bergantung jumlah tanggungan sesebuah keluarga.

Pemberian bantuan ini disalurkan kepada 64,819 asnaf fakir, miskin dan mualaf secara berperingkat bermula pada 21 Mac 2023.

Bantuan itu akan dibayar secara dikreditkan ke akaun bank penerima atau menggunakan kaedah baucar tunai (V-Cash) mahupun serahan tunai.

ARTIKEL BERKAITAN

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…