bajet mini 2023

Senarai bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Bajet Mini 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan di bawah Bajet Mini 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 lalu.

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Bajet Mini 2023 itu: –

Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan diawalkan dari tarikh asalnya pada bulan Mac 2023 ke bulan Januari 202. Bantuan ini akan melibatkan jumlah bantuan sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 bagi kategori bujang.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pihak Kerajaan juga setuju memperkenalkan BAP dengan jumlah sebanyak RM150 secara ‘one-off’ kepada murid-murid sekolah bagi tahun 2023. Bantuan ini diberikan kepada kepada semua murid, tanpa had pendapatan ibu bapa dan mula disalurkan pada 12 Januari 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

BKK bagi tahun 2o23 melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang berkelayakan. RM700 akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah, manakala RM350 pula kepada pesara Kerajaan.

Bantuan ini akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023 seperti mana yang diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan.

Baca juga:

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bagi memastikan kebajikan pekebun kecil getah di musim tengkujuh, pihak Kerajaan akan memberikan bantuan BMT Tambahan sebanyak RM200 bapa bulan Januari 2023.

Sebelum ini, BMT telah pun disalurkan pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah keseluruhan RM600.

Tawaran Kerja di Bawah MySTEP

Dengan didorong pelaksanaan program mengiktiraf gaji antara RM1,500 ringgit hingga RM2,100, pihak Kerajaan akan menyediakan tawaran 50,000 peluang kerjaya secara kontrak termasuk 35,000 oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui program MySTEP bagi tahun 2023.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…