Bantuan Kerajaan

Senarai Bantuan Kerajaan yang dibayar bulan ini (Ogos 2024): Semak jumlah bayaran sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan tunai ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Ia termasuklah bantuan-bantuan tunai dengan kadar-kadar tertentu yang akan dibayar pada bulan Ogos 2024 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan kerajaan berkenaan: –

Senarai Bantuan Kerajaan yang dibayar Ogos 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai secara berfasa yang diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Mereka yang layak menerima bantuan ini merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Bagi pembayaran STR Fasa 3, ia akan dijualkan akan dibayar pada bulan Ogos 2024 ini. Akan tetapi, jumlah pembayaran kepada setiap kategori penerima masih belum dimaklumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, semakan status STR 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan

 

Cara pembayarannya adalah sama seperti mana fasa-fasa sebelum ini iaitu secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah, sila rujuk di Portal Rasmi STR (DI SINI).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA pula adalah bantuan tambahan kepada penerima STR yang layak. Dengan kata lain, SARA merupakan bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

Mereka yang layak menerima SARA adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,200 bagi penerima isi rumah dan RM600 pula kepada bujang. Kaedah pembayaran SARA adalah seperti berikut:

  • Semenanjung Malaysia
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Sabah, Sarawak dan Labuan
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

 

Untuk maklumat lengkap berkenaan SARA ini, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI atau di Portal Rasmi STR (DI SINI).

Bantuan-Bantuan Bulanan JKM

Terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antaranya seperti Bantuan Kanak-Kanak; Bantuan Anak Pelihara; Bantuan Warga Emas,; Bantuan Am Persekutuan; Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan pelbagai lagi.

Kadar bantuan-bantuan ini adalah antara RM100 hingga RM1,000 (mengikut jenis bantuan) dan dibayar secara bulanan kepada mereka yang layak. Cara pembayaran pula secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan bulanan JKM, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal…
Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan…