Kerajaan perkenal Bantuan RM800 yang dibayar 3 Fasa: Ini senarai penerima RM200 pada bulan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui BMT yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan RM800

BMT atau nama penuhnya Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kadar RM600 pada tahun lalu.

Akan tetapi, bagi tahun 2023 – pemberian bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800 dan akan dibayar sebanyak tiga fasa dengan kadar-kadar berikut:

  • Fasa 1: RM300
  • Fasa 2: RM300
  • Fasa 3: RM200

Penerima BMT

Bantuan ini adalah bagi para peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang menepati syarat-syarat tersebut:

  • Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dianggarkan sekitar 12,138 peneroka tanaman getah FELDA seluruh negara akan menerima manfaat ini dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta.

Bagi tarikh jadual pembayaran, Fasa 1 akan dibuat pada bulan Januari, Fasa 2 pada bulan Februari dan Fasa 3 pula pada bulan Mac 2023.

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Media Rasmi FELDA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…