Ini senarai tarikh-tarikh penting Bantuan Kerajaan bagi bulan September 2022 yang kita wajib tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan September 2022:

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Bantuan ini pada asasnya diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Ia melibatkan pemberian peranti (tablet) kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40. Permohonannya bagi Fasa 2 telah pun dibuka bermula pada 01 Ogos 2022 dan akan ditutup pada 30 September 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran bagi Fasa 3 bantuan ini akan melibatkan pelbagai kategori penerima dan akan dibayar pada bulan September 2022. Info lanjut boleh dibaca DI SINI.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan ini pula diperkenalkan melalui RISDA dengan nilai sebanyak RM300 sebanyak dua fasa dengan jumlah keseluruhan RM600. Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2022 ini.

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

SADE adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor. Menariknya, permohonan skim bantuan ini dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.

Maklumat lanjut berkenaan SADE boleh dirujuk di Portal Air Selangor – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…