Setiap penerima BKM layak dapat baucar RM75: Ini cara menebusnya secara online atau di kaunter

Dalam usaha memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah, pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang.

Malah, melalui Bajet 2022 – kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan nilai baucar ini dari RM50 ke RM75 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program baucar ini:-

Program Baucar Perlindungan Tenang

Perlindungan Tenang adalah sebuah inisiatif oleh industri insurans dan takaful yang menyediakan produk insurans dan takaful bagi memenuhi keperluan segmen yang masih tidak dilindungi, terutamanya golongan B40. Misi utamanya adalah bagi menyediakan perlindungan insurans dan takaful dari sebarang risiko di dalam kehidupan.

Perlindungan Tenang merangkumi produk-produk yang memenuhi kriteria iaitu Mampu Milik, Mudah Diakses, Mudah Difahami dan Proses Tuntutan yang Mudah. Penerima BKM yang layak juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc bermula pada tahun ini (2022).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Terbuka kepada penerima BKM yang layak untuk kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

 

Bagi semakan kelayakan, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari portal rasmi MyPTV (DI SINI);
  • Langkah 2: Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (MyKad) dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”;
  • Langkah 3: Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

 

Selain itu, penerima BKM juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan.

Cara Menebus Baucar

Terdapat dua kaedah menebus Baucar Perlindungan Tenang iaitu:-

Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian

  • Langkah 1: Layari portal MyCoverage (DI SINI);
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda;
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut;
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (IC), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

 

Penebusan dan pembelian di kaunter:

  • Anda turut boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful;
  • Teliti dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut;
  • Sekiranya anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

 

Dimaklumkan juga bahawa proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing. Anda dinasihatkan untuk menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk gambaran lebih jelas berkenaan cara pelaksaan program ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…