Bantuan kewangan

Siapa akan dapat Bantuan Kewangan RM2,500 untuk tahun 2023? Dibayar sebanyak 2 kali

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri berdasarkan Belanjawan masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan RM2,500

Salah satunya adalah apabilan Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 orang penjawat awam di negeri berkenaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa bantuan itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam di negeri adat perpatih itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, bantuan kewangan ini akan dibayarkan secara dua peringkat pada awal bulan Januari dan minggu pertama April 2023.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan, pemberian tunai, insentif bukan kewangan dan bantuan sokongan di bawah Belanjawan sama.

“Sebanyak 64 inisiatif membabitkan peruntukan RM107 juta akan dilaksanakan dalam belanjawan untuk negeri ini… Sebanyak 42 inisiatif sedia ada akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…