STR Fasa 3 mula dibayar hari ini (29 Ogos 2024): Jumlah bayaran untuk semua kategori penerima

Pada ketika ini, antara perkara utama yang menjadi perhatian adalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) di bawah Belanjawan 2024.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia (dari kalangan B40 dan M40) bagi meringankan beban mereka dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. Kadar pembayaran STR juga telah ditambah baik pada tahun ini, hikmah daripada penyasaran semula subsidi yang dilaksanakan.

Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan STR tahun 2024:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dilaksanakan pada bulan Januari dan April 2024. Bagi pembayaran STR Fasa 3, ia akan mula dibayar secara berperingkat pada 29 Ogos 2024 (Khamis).

Kaedah pembayaran pula dibahagikan kepada dua, iaitu secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

Bagi pembayaran STR Fasa 3 ini, ia akan memanfaatkan lebih 8 juta sedia ada. Berkenaan dengan kadar pembayaran STR Fasa 3, jumlahnya adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500): RM150 – RM650
  • Isi Rumah (RM2,501-RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
  • Bujang: RM50

Semakan Kelulusan STR

Bagi mereka yang telah membuat permohonan STR, semakan kelulusan dan kadar yang diluluskan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

 

Di bawah Belanjawan 2024, peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama,  Kerajaan juga telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.

Makanya, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…