Subsidi Diesel

Subsidi Diesel 2024: Senarai mereka yang layak dapat Fleet Card & RM200 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini tidak lain dan tidak bukan dengan tujuan asas iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada di kalangan mereka berpendapatan rendah (B40) atau sederhana (M40).

Dalam masa sama sama, pihak Kerajaan juga baru-baru ini telah menetapkan harga diesel tanpa subsidi pada kadar RM3.35 seliter di semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung, bermula jam 12 tengah malam 10 Jun 2024. Akan tetapi, pihak Kerajaan telah melaksanakan  subsidi bersasar bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar layak dengan memperkenalkan BUDI MADANI.

BUDI MADANI pada asasnya merupakan wadah Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Melaluinya, mereka yang layak boleh menerima Fleet Card dan bantuan bulanan sebanyak RM200 setiap bulan. Berikut adalah penjelasannya: –

Fleet Card Diesel

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) adalah sebuah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih untuk terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”. Antara jenis-jenis kenderaan yang layak menerima subsidi disel ini adalah:

  • Bas Sekolah;
  • Kereta Sewa;
  • Bas Ekspress;
  • Bas Berhenti-henti;
  • Van dan lori mayat;
  • Ambulans;
  • Bomba;
  • Lori Rigid dan banyak lagi.

 

Syarat-syarat kelayakan SKDS ini adalah seperti berikut:

  • Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif) boleh berurusan di KPDN.
  • Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
  • ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
  • Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleetcard tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
    • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
    • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
    • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
    • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
    • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.

 

Permohonan fleet card ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal mySubsidi Diesel, KPDN – DI SINI.

Bantuan RM200 setiap bulan

Bagi bantuan ini pula, ia di bawah BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu. BUDI Agri-Komoditi adalah bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

Manakala BUDI Individu pula ialah bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.

Syarat-syarat kelayakan BUDI Agri-Komoditi seperti berikut:

  • Pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK);
  • Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

 

Syarat-syarat kelayakan BUDI Individu pula seperti di bawah:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
  • Kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif;
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah;
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia;
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

 

Mereka yang layak dan diluluskan permohonannya akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan. Permohonan kedua-dua bantuan ini boleh dibuat di Portal BUDI MADANI – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…