sumbangan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dibayar bulan depan: Kadar pembayaran & senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Bagi STR Fasa 1 hingga Fasa 3 – ia telah pun dikreditkan kepada yang layak, dengan menyaksikan STR Fasa 3 sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Oleh itu, bagi tahun 2o23  – hanya berbaki sebuah lagi pembayaran iaitu STR Fasa 4. Berikut adalah jumlah bayaran dan senarai penerimanya:

 Jumlah pembayaran STR Fasa 4

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Pembayaran STR Fasa 4

STR akan dibayar secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Bagi yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran STR Fasa 4, ia akan dilaksanakan pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…