Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Jumlah & jadual tarikh pembayaran Fasa 2 untuk B40 dan M40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang juga merupakan kesinambungan bantuan kewangan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Ketika membentangkan Bajet Mini 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kepada golongan B40 dan M40.

Bantuan ini bagaimanapun dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam satu kenyataan rasmi Kerajaan.

Pembayaran STR bagi Fasa Pertama (Fasa 1) telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 bagi yang berstatus bujang.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Jadual Pembayaran STR

Ketika pembentangan Bajet Mini 2023 pada Disember tahun lalu, pembayaran STR Fasa 1 telah diawalkan ke bulan Januari 2023, berbanding bulan Mac dalam perancangan awal.

Pembayaran bagi fasa 2 dan seterusnya pula hanya akan diumumkan pada 24 Februari 2023 nanti, ketika pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, dalam satu kenyataan berkata – belanjawan itu akan menampilkan banyak berita baik kepada rakyat dengan memberi penumpuan terhadap bidang digital, sekuriti makanan, industri kecil dan sederhana (IKS).

Malah, golongan B40 dan M40 juga akan menjadi tumpuan utama bajet berkenaan.

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” kata Anwar, dipetik dari Astro Awani.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…