sumbangan tunai

Sumbangan Tunai RM300 dibayar Khamis ini: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sumbangan tunai sebanyak RM300 yang diperkenalkan di bawah Bantuan Khas Penghargaan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Sumbangan Tunai RM300

Bantuan Khas Penghargaan pada asasnya merupakan sumbangan tunai Kerajaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah para penjawat awam dan pesara Kerajaan. Secara lebih tepatnya, mereka yang layak adalah seperti berikut:

  • RM300: Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023. Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  • RM200: Para pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

Para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas RM300 ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Pembayaran

Berkenaan dengan cara pembayarannya, ia akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun penerima.

Berdasarkan sebuah kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Penghargaan akan dibuat kepada yang layak pada 10 Ogos 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua bantuan ini, sila rujuk di kenyataan rasmi JPA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…