sumbangan tunai

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Antaranya adalah apabila kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan bantuan kewangan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat di bawah STR 2024 ini.

Ia juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

STR diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Kadar bayaran STR

Kadar STR adalah berbeza-beza mengikut kumpulam penerima iaitu golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40). Ia turut diberikan kepada kategori merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Bagi pembayaran STR Fasa 2, berikut adalah maklumat jumlah bayaran dan senari penuh penerimanya:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 2: RM150

 

Pembayaran STR Fasa 2 ini telah pun dibuat secara berperingkat bermula pada 03 April 2024 lalu. Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Tambahan STR

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan Bantuan Tambahan STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan tambahan ini diberikan kepada penerima STR sedia ada yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Syarat-syarat kelayakan SARA adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

Jumlah SARA pula adalah sebanyak RM1,200 kepada penerima kategori isi rumah (kahwin/ibu bapa tunggal/warga emas) dan RM600 pula kepada kategori bujang.

Pembayaran SARA di Semenanjung Malaysia diberikan setiap bulan dengan kadar RM100 atau RM50 melalui MyKad penerima. Ia kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas terpilih di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR dan SARA, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…