Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini bagi membantu golongan dari berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi keadaan kos sara hidup ketika ini.
Antranya termasuklah bantuan-bantuan bagi tujuan pendidikan seperti Bantuan Kewangan Asasi. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi adalah sebuah insiatif Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu para pelajar yang melanjutkan pendidikan di peringkat Asasi di Universiti Awam. Bantuan ini akan melibatkan jumlah bantuan seperti berikut:
- Elaun Wang Saku: RM2,500 setahun;
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420 setahun;
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini pula adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi ini. Sekiranya syarat itu tidak dipatuhi, pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar.
Cara Memohon
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan kemudiannya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Sekiranya permohonan pelajar telah diluluskan dan pelajar telah menerima bantuan ini, tetapu pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM.
Maklumat Tambahan
Dalam masa sama, pihak KPM juga ada memperkenalkan sebuah lagi bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bantuan ini diberikan kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti yang menepati syarat-syarat berikut:
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Pelajar yang layak dan diluluskan permohonan mereka akan menerima bantuan ini hanya untuk dua semester sahaja. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1,800 sepanjang satu semester.
Dimaklumakan juga bahawa, pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM. Permohonannya boleh dibuat melalui melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Maklumat lebih lengkap tentang kedua-dua bantuan ini sila rujuk Portal Rasmi KPM – DI SINI.