Tarikh mula bayaran BKC untuk B40 lebih awal dari M40, dan kaedah – kaedah pembayaran

Seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, bayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) Fasa 1 akan mula dibuat mulai pada 6 September ini.

Keputusan itu dibuat selepas BKC yang sepatutnya dikreditkan kepada penerima pada Ogos tertangguh atas sebab yang tidak dinyatakan.

Tarikh Pembayaran

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada awal September lalu juga ada menyatakan bahawa pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat dengan:

  • Penerima B40 – bermula pada 6 September 2021
  • Penerima M40 – bermula pada 9 September 2021

 

BKC juga katanya melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion yang akan memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.

“Secara keseluruhannya, inisiatif bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

“Bayaran BKC ini dijadualkan pada September, November dan Disember 2021,” – katanya, petikan dari Astro Awani.

Kaedah Pembayaran

Berkenaan kaedah pembayaran, ia akan dibuat berdasarkan kaedah-kaedah berikut:

  • Miskin tegar & B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan program bantuan ini, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…