Seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, bayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) Fasa 1 akan mula dibuat mulai pada 6 September ini.
Keputusan itu dibuat selepas BKC yang sepatutnya dikreditkan kepada penerima pada Ogos tertangguh atas sebab yang tidak dinyatakan.
Tarikh Pembayaran
Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada awal September lalu juga ada menyatakan bahawa pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat dengan:
- Penerima B40 – bermula pada 6 September 2021
- Penerima M40 – bermula pada 9 September 2021
BKC juga katanya melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion yang akan memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.
“Secara keseluruhannya, inisiatif bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan hampir 10 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.
“Bayaran BKC ini dijadualkan pada September, November dan Disember 2021,” – katanya, petikan dari Astro Awani.
Kaedah Pembayaran
Berkenaan kaedah pembayaran, ia akan dibuat berdasarkan kaedah-kaedah berikut:
- Miskin tegar & B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Untuk maklumat lanjut berkenaan program bantuan ini, boleh rujuk DI SINI.