Temuduga 300 kekosongan jawatan di Careglove Global Sdn Bhd ~ Gaji kasar sehingga RM2,500

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Careglove Global Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan kekosongan jawatan ini akan melalui temuduga secara dalam talian anjuran PERKESO Terengganu dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar bagi temuduga yang akan diadakan: –

Maklumat Jawatan

OPERATOR PEMBUNGKUSAN

  • Gaji kasar: Sehingga RM2,500 (tertakluk terma & syarat)
  • Kekosongan: 300
  • Penempatan: Seremban, Negeri Sembilan
  • Faedah: 
    • Hostel & pengangkutan disediakan
    • Bayaran kerja lebih masa
    • Elaun sara hidup
    • Skim bantuan pendidikan
    • Skim bantuan sara hidup

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada calon lelaki dan wanita;
  • Terbuka kepada yang pendidikan rendah, PMR/PT3/SPM/STPM;
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun;
  • Kriteria kesihatan: Tiada asma, tiada resdung, tiada alahan, tiada pengalaman kecederaan serius & tidak rabun warna

Bidang Tugas

  • Pindahan sarung tangan dari atau ke jabatan yang berkaitan seperti proses dokumen.
  • Mengemas / menyusun sarung tangan mengikut arahan.
  • Mengeluarkan atau mengasingkan sarung tangan yang cacat seperti terkoyak, berlubang, berkotoran dan saiz campuran serta kecacatan lain yang kelihatan semasa pembungkusan.
  • Meletakkan label pada dispenser dan kadbod mengikut prosedur yang didokumentasikan.
  • Memastikan tiada bahan asing di dalam sarung tangan yang dibungkus
  • Mengikuti Peraturan dan Peraturan GMP serta menjaga kebersihan kawasan pembungkusan untuk memenuhi standard GMP.
  • Memberitahu Penyelia sekiranya terdapat atau terjumpa sebarang kelainan yang terdapat semasa proses pembungkusan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan membuat pra-pendaftaran – DI SINI.

  • Tarikh tutup permohonan: 06 NOVEMBER 2021 (SABTU)
  • Tarikh temuduga: 08 NOVEMBER 2021 (ISNIN)
  • Medium temuduga: Pautan dan medium temuduga akan dimaklumkan oleh majikan

 

Dimaklumkan juga bahawa pihak majikan berhak untuk temuduga semua calon atau memilih calon-calon yang layak dari senarai pra-pendaftaran.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas En. Luqman di talian: 016 – 245 4552

Hebahan rasmi temuduga juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…