Terima lebih 200 ribu aduan: Ini penjelasan tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 untuk rakyat Malaysia

Sejak belakunya pelbagai cabaran kos sara hidup di dunia dan negara ini, pelbagai jenis inisiatif telah dipekenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada memberikan bantuan tunai atau sebagainya.

Antaranya termasuklah usaha membenarkan para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas melalui pelbagai program yang dikenali sebagai i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.

Namun begitu, baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) telah mendakwa menerima 228,842 aduan daripada pencarum KWSP di seluruh Malaysia yang menuntut pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Oleh itu, badan berkenaan mencadangkan kepada Kerajaan supaya membenarkan pengeluaran wang khas daripada KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan bagi mengurangkan beban kehidupan sekarang.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pengerusinya, Azmi Mohd Tahir berkata pengeluaran khas itu amat diperlukan ketika ini bagi membantu golongan B40, M40 dan termasuklah mereka yang diberhentikan kerja serta ibu tunggal.

Tambahnya, para pencarum B40 dan M40 yang masih aktif mencarum serta berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 sepatutnya dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada akaun masing-masing.

Manakala, bagi pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum dan mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang dari RM20,000 – seharusnya dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2.

Dalam masa sama, mereka yang juga meminta supaya semua Ahli Parlimen untuk membawa tuntutan tersebut ke Dewan Rakyat, selaras dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat dengan Majlis Senator Malaysia (MSM) pada 15 Ogos LALU di bangunan Parlimen yang membincangkan tuntutan berkenaan.

Sumber: BH Online & Malaysia Gazette.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pada ketika ini, RISDA Estates Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Dalam perjalanan hidup manusia, usia emas merupakan satu fasa yang tidak dapat dielakkan. Warga emas ialah golongan yang telah melalui…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong…