Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia buka pelbagai kekosongan: Mohon sekarang

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan sejak tahun 1969 lagi. Ia ditubuhkan bagi meningkatkan standard penjagaan kepada para pesakit kegagalan buah pinggang dan mereka yang menderita pelbagai penyakit berkaitan dengan buah pinggang.

Pada tahun 1993, NKF telah membuka pusat dialisisnya sendiri di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur dan telah membantu ramai pihak yang tidak bernasib baik. Selaras dengan usahanya itu, kini NKF telah membuka beberapa kekosongan jawatan bagi diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pengajar Klinik/Tutor
  2. Pegawai Kebajikan
  3. Jururawat

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, kelayakan adalah dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah sepenuh masa.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di PAUTAN INI dan permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon. Tetapi, sebelum itu pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di portal berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta.

Purata tempoh proses permohonan pula adalah sekitar 28 hari, bergantung kepada pihak majikan.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…