Bayaran BKM

Senarai bank-bank yang Bayaran BKM Fasa 4 telah dikreditkan ke akaun penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022. Pada ketika ini, pembayaran BKM telah tiba ke Fasa 4 iaitu fasa terakhir bagi tahun 2022.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, masih ramai yang belum menerima pembayaran BKM Fasa 4 ke akaun bank masing-masing.

Oleh itu, berdasarkan dapatan melalui hantaran-hantaran di media sosial, antara bank yang telah dikreditkan pembayaran BKM Fasa 4 adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Public Bank (di negeri-negeri tertentu), Ambank (di negeri-negeri tertentu).

Manakala, bank-bank lain masih dalam proses pembayaran dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Penunaian Bayaran BKM

Kepada mereka yang tidak memiliki akaun bank atau status akaun tidak aktif, penunaian bayaran BKM boleh dilaksanakan melalui kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 15 November 2022.

Akan tetapi, bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kaunter – hanya wakil yang telah didaftar sahaja boleh mewakili penerima bagi penunaian BKM.

Baca juga:

Semak Status BKM

Untuk mereka yang ingin melihat jumlah kelulusan BKM 2022 mereka, ia boleh disemak melalui Portal Rasmi BKM dengan tatacara berikut:

  • Log Masuk Portal Rasmi BKM;
  • Isi No Kad Pengenalan (MyKad)/ID Pengguna di ruang yang disediakan;
  • Sahkan kata kunci keselamatan;
  • Isi Kata Laluan di ruang yang disediakan;
  • Klik pada semakan status.

 

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKM, sila rujuk di portal sama atau DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…