Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau BUDI bagi tahun 2022.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Kadar Bantuan BUDI
- RM1,500: Diploma/Asasi/Matrikulasi
- RM2,000: Ijazah Sarjana Muda
Syarat-syarat Kelayakan
- Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan;
- Pemohon adalah warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun;
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40 Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT;
- Bantuan sebanyak RM 1,500 bagi kelulusan Diploma/Foundation dan Matrikulasi;
- RM2, 000 untuk ljazah Sarjana Muda.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Senarai Tarikh Bantuan-Bantuan Kerajaan Pada Bulan November 2022
- Kerajaan Negeri Lulus Bantuan Khas RM1,500 Yang Dibayar Bulan Depan
Cara Memohon BUDI
Kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BUDI boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal Rasmi BUDI.
Bantuan ini dijangka memberi faedah kepada lebih kurang 5,000 pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS di seluruh Malaysia, dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Tarikh tutup permohonan BUDI adalah pada 15 DISEMBER 2022.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaannya dan permohonan, ia boleh dirujuk – DI SINI.