SMUE

Permohonan Bantuan SMUE RM150 & RM500 tahun 2023 telah dibuka: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Insan Istimewa (SMIS) yang diberikan kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Kadar SMUE & SMIS

Seperti mana yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Belanjawan Selangor 2023 –  Skim Mesra akan terbahagi kepada dua kategori untuk golongan warga emas yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) bagi golongan orang kurang upaya (OKU).

Kedua-dua skim ini pada asasnya melibatkan baucar membeli belah sebanyak RM150 kepada mereka yang layak dan boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan.

Baucar berkenaan hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat dan boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.

Selain itu, skim ini juga melibatkan bantuan Khairat Kematian sebanyak RM500.

Syarat-syarat Kelayakan

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Skim Insan Istimewa (SMIS)

  • Warganegara Malaysia;
  • Tiada had umur;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
  • Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian (online) Portal Rasmi Skim Mesra.

Semakan kelulusan juga boleh dibuat di portal sama.  Bagi maklumat lengkap berkenaan skim ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…