aidilfitri

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 – RM30,000 sebelum Raya Aidilfitri: Ini penjelasannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada ketika ini, nampaknya terdapat juga desakan supaya pengeluaran khas KWSP dibenarkan sekali lagi, khususnya sebelum Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah penjelasannya: –

Pengeluaran Khas KWSP

Desakan supaya Pengeluaran Khas KWSP ini diperkenalkan kembali datang dari pelbagai pihak, seperti Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat).

Menurut 4PM, pengeluaran itu sepatutnya dibenarkan kerana ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.

“Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh pandemik, pada kami itu hanya satu angka kerana pelbagai penyelesaian dana diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.

“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya,” kata Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Pengeluaran RM10,000 – RM30,000 ‘one-off’

Presiden Prorakyat, Khairul Anuar Othman pula berkata, tuntutan itu harus diberi kepada para pencarum yang mempunyai dana tabungan di akaun satu dan tidak perlu menunggu sehingga mencapai usia 55 tahun.

Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one off’ itu dilihat tidak akan mengganggu pelaburan KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.

“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.

“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” katanya.

Sumber: BH Online.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…