Bantuan Kewangan

Dibayar setahun sekali: Ini cara memohon Bantuan Kewangan Kerajaan RM100 hingga RM200

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah program ini: –

Bantuan RM100 – RM200

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah i-Sejahtera dengan jumlah bayaran sebanyak RM100 hingga RM200 kepada mereka yang layak.

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang dibayar setahun sekali di bawah i-Sejahtera:

  • Program Penghargaan Warga Emas : RM200
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  • Program Suri Emas : RM100
  • Program Bantuan OKU : RM200

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Program Penghargaan Warga Emas
    • Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
    • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
    • Bercerai atau kematian suami;
    • Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar;
    • Tidak berkahwin semula;
    • Mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.
  3. Program Suri Emas
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
    • Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap;
    • Wanita masih berumahtangga;
    • Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  4. Program Bantuan OKU
    • Warganegara Malaysia;
    • Menetap di Negeri Pulau Pinang;
    • Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Program Anak Emas ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) di portal rasmi i-Sejahtera.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti yang ditetapkan ketika membuat permohonan.

Dimaklumkan bahawa pembayaran sumbangan kepada yang diluluskan permohonan mereka akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran permohonan hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.

Jika pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun tahun semasa, pembayaran sumbangan akan dibuat pada tahun berikutnya.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi i-Sejahtera DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…
Pelbagai Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Mac 2025 ~ Kelayakan Minima SPM

Pelbagai Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Mac 2025 ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 Dibayar Minggu Depan: Dikreditkan Automatik Ke Akaun

Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 Dibayar Minggu Depan: Dikreditkan Automatik Ke Akaun

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia bukan sekadar…