bantuan kewangan

Bantuan Kewangan RM2,700 ‘one-off’ untuk B40 berkelayakan: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Kewangan RM2,700 ‘one-off’

Bantuan di bawah JKM ini dikenali sebagai Geran Pelancaran. Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga;
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Untuk makluman, bantuan ini diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin membuat permohonan Geran Pelancaran – mereka hendaklah membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, serta akan melalui penilaian lanjut oleh pihak JKM.

Permohonan bantuan-bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Pada ketika ini, Kementerian Belia & Sukan (KBS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bil elektrik merupakan antara komitmen bulanan yang wajib dilunaskan oleh hampir setiap isi rumah di Malaysia. Ia bukan sekadar angka…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…