kewangan

Bantuan Kewangan RM2,700 ‘one-off’ untuk golongan B40: Senarai penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini: –

Bantuan Kewangan RM2,700

Bantuan ini dikenali sebagai Geran Pelancaran dan ia bertujuan untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga.

Ia juga bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Seperti mana di syarat-syarat kelayakan, bantuan ini diberikan khas kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Oleh hal demikian, bagi mereka yang ingin membuat permohonan Geran Pelancaran – mereka hendaklah membuat permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, serta akan melalui penilaian lanjut oleh pihak JKM.

Permohonan bantuan-bantuan di bawah JKM boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…