permohonan

Permohonan bantuan RM1,000 ‘one-off’ telah dibuka: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sebagai penghargaan dan bantuan kepada golongan wanita bekerja.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM1,000

Bagi tahun 2023, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai MamaKerja.

Program ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’ kepada 5,000 wanita bekerja dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Tujuan utama program ini adalah bagi meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Wanita bekerja dan mempunyai majikan;
  2. Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah;
  4. Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS;
  5. Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah;
  6. Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan MamaKerja boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Aplikasi Selangkah.

Pemohon kemudiannya perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon;
  • Kad Pengenalan pasangan;
  • MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat;
  • Salinan penyata gaji pemohon yang terkini;
  • Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada penyata gaji;
  • Salinan penyata bank pemohon;
  • Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA atau penyata EC;
  • Dokumen pengesahan pengundi Selangor.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan MamaKerja dan panduan memohon, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…